Thursday 30 August 2012

BARANG KEPERLUAN ASRAMA

salam, korang tahu yg x lama lg pelajar2 IPTA akan mendaftarkan diri di setiap IPTA di seluruh negara pada 1 september 2012. Diorang akan mendaftar sbg pelajar tahun 1. Kemungkinan besar ramai diantara mereka merupakan kali pertama menjejakkan kaki ke asrama, jadi di sini saya pun ad buat beberapa senarai brg2 yg perlu untuk di bawa ketika anda menginap di asrama sbg panduan


p/s: sy pernah duduk asrama selama 9 tahun sejak dari form 1 lg, hehehe, 






PAKAIAN LELAKI
Baju melayu / jubah (untuk solat) 
Track bottom 
Seluar panjang /slack 
Kain pelikat 
Kasut sukan 
Selipar 
Tuala mandi 
Songkok / kopiah 
T-Shirt berkolar 
Baju tidur 



PAKAIAN PEREMPUAN
Baju kurung / tudung 
Telekung mini 
Track bottom 
Baju tidur 
Selipar 
Kasut sukan 
Tuala mandi 
T-shirt 


KEPERLUAN-KEPERLUAN AM
Selimut / cadar 
Bantal 
Baldi / gayung 
Alatan mencuci baju 
Barang keperluan diri seperti sabun mandi, syampu, berus gigi, minyak rambut, sikat rambut dan lain-lain. 
Penyangkut baju / Pengepit baju 
Pad lock / mangga kecil


harap ianya membantu serba sedikit :)

Monday 27 August 2012

Oh My Burger!

Salam, lamanya dah x update blog ni kan...huhuhu...sempat lagi kan nak ucap "Selamat Hari Rarya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin :)", MMmmm....nak criter ap ek? haaaa, kalau criter pasal makanan mesti korang suka punyer kan..hehehe, ni nak criter ckit pasal B.U.R.G.E.R. Aku antara peminat burger, kalo bosan je mesti nak crk burger, x taw nape, hehehe, kdg2 tu sampai pergi kedai aku beli sendiri bhan2 untuk memasak burger seperti daging, roti, sayur, sos, mayanis, telur, dll...lepastukan kalo beli pulak, mesti nak yg spesel punya, ala yg biasa punya dgn yg spesel punya harga lebih kurang sama jer kan...tp skrg ni aku bercita2 pulak nak buat je daging burger tu sendiri...lagi puas hati ek...hehehe


Beef Oblong Special

Chicken Burger Special

Made in Wangsa Maju (this picture was taken by my cousin)
*kalau x silap, ni Burger Bakar Kaw Kaw
kalau korang mempunyai tempat2 yang menarik yg menyediakan menu burger, bgtaw la yer...hehehe
p/s: area Melaka dan K.L je eh :)

Thursday 9 August 2012

Jom Kejar Malam al-Qadar

Assalammu'alaikum warohmatullah!

Jangan terlepas 4 malam di bulan Ramadan Tahun ini. Kemungkinan besar salah satu malam ini Lailatul Qadar.

1. Khamis, 9-Ogos-2012 malam Jumaat (Malam 21 di Malaysia, Malam 22 di Mekah)
2. Sabtu, 11-Ogos-2012 malam Ahad (Malam 23 di Malaysia, Malam 24 di Mekah)
3. Rabu, 15-Ogos-2012 malam Khamis (Malam 27 di Mekah, Malam 26 di Malaysia)
4. Jumaat, 17-Ogos-2012 malam Sabtu (Malam 29 di Mekah, Malam 28 di Malaysia)

Ini berdasarkan maklumat daripada Kitab Jauhar al-Mauhub, seperti berikut;

Di Malaysia
=========

Awal Ramadan tahun ini di Malaysia (1 Ramadan 1433H) jatuh pada hari Sabtu (21-Julai-2012) maka mengikut;

1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – Lailatul Qadar insya-Allah akan jatuh pada malam yang ke-21 (hari Khamis, 9-Ogos-2012 malam Jumaat)

2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-23 (hari Sabtu, 11-Ogos-2012 malam Ahad)


Di Arab Saudi
===========

Awal Ramadan tahun ini di Mekah (1 Ramadan 1433H) jatuh pada hari Jumaat (20-Julai-2012) maka mengikut;

1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – Lailatul Qadar insya-Allah akan jatuh pada malam yang ke-29 (hari Jumaat, 17-Ogos-2012 malam Sabtu)

2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-27 (hari Rabu, 15-Ogos-2012 malam Khamis)

Berikut adalah petikan dari kitab yang tersebut di atas (lampiran adalah dari kitab asal);

Dan adalah malam Lailatul Qadar itu pada Imam Syafie Radiyallahu’anhu tersimpan ia di dalam sepuluh malam yang akhir daripada bulan Ramadan tetapi pada malam “gasal” (ganjil) itu terlebih harap akan dia dan terlebih diharap daripada segala malam yang “gasal” (ganjil) itu malam yang dua puluh satu dan malam yang dua puluh tiga.

Dan yang “rajihnya” bahawasanya malam Lailatul Qadar itu melazimi ia akan malam yang tertentu maka tiada terpindah ia daripada seperti barang yang diriwayatkan daripada Abas bahawasanya malam Lailatul Qadar itu malam yang dua puluh tujuh kerana diambil daripada firman Allah ta’ala “Inna annzalnahu filailatul qdr” hingga “Salam mun hi ya” … maka bahawasanya kalimah “ hi ya’ itu dua puluh tujuh daripada segala kalimah surah ini dan iaitu kinayah daripada malam lailatul qadar dan atas perkataan inilah diamalkan pada segala masa, segala negeri dan iaitu mazhab kebbanyakan Ahli al-‘Ilmi.

Dan kata qil; “Bahawasanya malam lailatul qadar itu terpindah ia tiada tetap ia pada malam yang tertentu maka terkadang ia pada dua puluh satu dan terkadang ada ia pada malam dua puluh lima demikianlah dan atas perkataan ini menjalani dua ahli Sufi dan menyata mereka itu akan “dhabit” dan kaedah bagi yang demikian itu dan iaitu;

- jika adalah awal puasa pada hari Jumaat maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Sabtu maka itu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa pada hari Ahad maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Selasa maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa pada hari Rabu maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka malam lailatul qadar malam dua puluh satu

Dan telah memilih Imam Nawawi didalam Majmu’ dan Fatawa akan qaul dengan berpindah dan katanya di dalam Raudah dan iaitu yang kuat. (Bajuri)

Dan tersebut di dalam Hasyiyah Fathul Wahab, maka;

- jika awal puasa pada hari Ahad atau hari Rabu maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa hari Selasa atau Jumaat maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa hari Sabtu maka iaitu malam dua puluh tiga malam lailatul qadar

Kata Abu Al-Husan: “Dan pada masa sampai aku akan tahun lagi-lagi tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan ini kaedah yang tersebut Barmawi dan Qalyubi”


Wallahu'alam [admin]
sumber rujukan ialah dari : ---> klik di sini

Tuesday 7 August 2012

Tahniah Lee Chong Wei !!! anda wira negara... :)

Assalamualaikum semua...Semoga sehat sentiasa...Ini cerita tentang wira negara kita Datuk Lee Chong Wei yang beraksi di final badminton perseorangan (L) di sukan Olimpik london menentang musuh tradisinya iaitu Lin Dan. Secara keseluruhannya, aku tengok DLCW memang telah menunjukkan satu semangat yang luar biasa dalam memastikan kemenangan berpihak kepadanya, tapi mungkin dah bukan rezeki dia nak menang masa tuh, jadi dia sekadar meraih pingat perak. Sungguhpun begitu, itu sudah cukup memadai untuk menyenaraikan malaysia di kedudukan pingat. memang 'respect' dgn semangat yg ditunjukkan oleh DLCW semasa set yg ketiga yang memberi tentangan hebat kepada Lin Dan dan akhirnya akur akan kehebatan musuhnya itu.walauapapun yg terjadi DLCW adalah wira Malaysia!!! tahniah datuk...!!!




Pingat perak yg dimenanginya



sokongan padu yg diberikan oleh rakya malaysia
semoga, semua atlit di malaysia ini mempunyai semangat juang yg tinggi seperti yang ditunjukkan oleh wira negara kita DLCW... :)

Sunday 29 July 2012

#contestbro @ Cipta Dialog....

Ni la dialog yg sy buat untuk #contestbro.... Selamat berpuasa semua.... :) ingat pesanan bro yg kt atas ni taw !!!!

Kalo nk join boleh klik di sini -------> #contestbro

Sunday 27 May 2012

SENDIRI......



BEST LAGU NIH.....mengisahkan ketabahan seseorang dalam menempuhi hidup...

Saturday 26 May 2012

Selesai sudah temuduga di UM

Alhamdulillah, sudahh!!! hehehe, pagi tu bertolak awal dari umah ke um, sarapan di sna dulu, yela risau nant kot2 pengsan ker, heeee, kemudian sedikit taklimat diberikan kpd calon2 temuduga, selepas taklimat barulah sesi temuduga dibuat, giliranku yg kelima, masa dia suruh perkenalkan diri, penenuduga pelik nama aku lain dari senarai yg ada kt diorang, kemudian aku bgtaw mereka bhw aku menggantikan giliran ke empat sbb calon tu x hadir...*agk kecewa sbb diorang x alert...sigh~~~~  pastu yg jaga aku temduga tu asyik maaaaaaakan je kerja dier, grrrrrrrr.....spttnya dialah yg bgtaw ap2 hal *sigh.....puaslah aku bercoloteh memperkenalkan diri selamat lah diorg x suruh aku ulang balik...=.=!
overall, sesi temuduga berlangsung dgn baik, diorang suruh aku mengajar dirang, ok lah, sesi temuduga sgt fun dan kelakar (oklah dapt penemuduga yg sporting, peace yooo!!!...ngeeeeee...) dan tibalah soalan killler dari penemuduga, awak org melaka kan?? aku menjawab ya....ok kenapa org melaka ckp kasar? aku : haaaaaaa????? aku hentam saja lah labu, kalo korang org melaka, agk2 dpt jwab x??? keh3....tu saje kot... :)


Fakuti Pendidkan UM


Tempat Temuduga



Sunday 20 May 2012

Melapor Diri di PTPTN

Sebelum ni aku ad cerita yg aku telah diterima bekerja di PTPTN, dah lama dah aku melapor diri kt PTPTN ni sebenarnya, tapi blom berkesempatan untuk m'update di blog, aku telah di tempatkan di bawah Unit Undang2, di bhg perundangan dan pendakwaan.....

Surat Tawaran




*ingat yg kerja itu amanah...dan juga merupakan ibadah, semoga apa jua pekerjaan kita memperolehi barakah dari Allah S.W.T, InsyaAllah...Amin



Panggilan Temuduga Pendidikan ^^ UPSI


Alhamdulillah, aku dipanggil untuk temuduga Pendidikan, SYUKUR.....





TERDAPAT SEDIKIT MASALH TEKNIKAL

YEAHHH, DAH BOLEH SEMAK!


LAMAN WEB SEMAKAN TEMUDUGA

SLIP TEMUDUGA




*Doakan kejayaanku....AMIN

Saturday 19 May 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU '12 ~ 12 MEI 2012 (part 1)

#BAGAI PINANG DIBELAH DUA

PENGANTIN SEDANG DIJUNJUNG (antara budaya yg jarang dapat dilihat di tempat lain)

HABISKAN, JGN MEMBAZIR!, HEEEEEE

SO SWEEEEETTTT...HAHA

AUUUUMMMMMMM


ANTARA SINGLE DIVA YG TURUT HADIR (my cousin)
P/S: AKAK SAYA KT TENGAH2 TUH...

UHHH, BERATNYERR....!! HAHA

CHEF2 DARI MASTER CHEF SDG MENYEDIAKAN LAUK PENGANTIN (my cousin n my abg yg tgh duduk)

NI SAPE NIH?, X KENAL LA, TP HENCEM LAAAA, HAHAHA

SETELAH DIRARAK

MY UNCLE (acik hata) SDG BERSILAT

PENGANTIN n PENGAPIT

HANTARAN DARI PIHAK PEREMPUAN

KENANGAN BERSAMA BERSAMA KELUARGA PENGANTIN PEREMPUAN


USAI SUDAH MAJLIS PERKAHWINAN ABGKU YG BERLANGSUNG DGN MERIAHNYA...*bersambung di part 2

Tuesday 1 May 2012

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2012


Assalamualaikum semua, ap khbar? sehat? hari ini dah masuk 1 Mei 2012, sekejap je mase berlalu... mesti semua dah maklum dgn tarikh tersebut, hari ini ialah hari pekerja, '"Labour Day is an annual holiday to celebrate the economic and social achievements of workers" - wikipedia... di sini cuma nak ucapkan selamat hr pekerja kpd semua kawan2 yg bekerja samada kerja gomen, swata mahupun sendiri, apa yg penting rezeki yg dicari halal dan memperolehi keberkatan, InsyaAllah...

p/s: google pun support hr pekerja..^^v



Sunday 29 April 2012

Ada Apa dengan PTPTN



Hurrrmm, petang khamis aritu (26 April 2012) tiba2 aku dpat panggilan no. yg tidak dikenali. rupa2ya panggilan tersebut dari PTPTN. Ermmm, dia nak mintak aku bayar hutang ker, maapla yer, aku x kerja lagi...huhu, tapi bukan itu yang dia mahu, dia tanya aku adakah aku ada pergi interview PTPTN masa bulan 2 aritu, aku ckp ada, owhhh....rupa2nya aku dapt kerja kt PTPTN. maka, dia pun meyuruh aku untuk melapor diri pada hari rabu ni (2 Mei 2012) berserta dgn dokumen2 yg dia kehendaki. Akibat terlalu lama menunggu jawapan temuduga tersebut, maka, aku ingatkan yg aku x dapat. Tak ade persediaan langsung, sekarang ni family sume pergi ke perak, maka aku kena tunggu kepulangan mereka untuk berbincang hal ini. Nak pergi ke tak???? Hurmmmm....



Thursday 26 April 2012

Terima Kasih :)



Assalamualaikum, apa kabar korang? sehat?...mudah2an sehat belaka, ok, sebelum ni aku pernah cerita yg aku bakal menduduki ujian MEdsi, tapi aku xde buku untuk buat rujukan sbb aku xpernah taw ap itu MEdSI, hehehe, tiba2 ad rezeki org belikan aku buku ni, kira mcm hadiahlah jugak, hehe, terharu pun ad...dia juga merupakan guru di salah sebuah sekolah di Melaka...nasihat dia supaya aku buat yg terbaik...terima kasih ustazah dot dot dot...hehehe..doaka kejayaan sy di sini...
Semoga aku dapt menjawab dgn cemerlang...amin

P/S: owh, rupa2nya MEdSI dan Mtest adalah dua ujian yg berbeza...baru taw..:)





Tuesday 24 April 2012

Tamat sudah...hihi :)



Alamak! lesen dah mati.... baru aku perasan, hehehe, tapi lesen yang dah mati ni spesel skit sebabnya aku dah x payah nak tampal P lagi....yeaayyy!, mengimbau kembali saat mula2 aku amik lesen moto dulu, sebelum aku di test jpj moto aku excident, maka aku terpaksa postpone selama setahun, kemudian aku pun booking jpj test sekali lagi tetapi sebelum aku test jpj aku cuma buat training skali jer, Alhamdulillah, syukur aku pas test jpj untuk motor. Kemudian, masa aku amik lesen kereta pulak, aku xpernah bawak kereta jadi aku kena kerja keras skit nk belajar bawak kereta, dan bila test jpj, Alhamdulillah aku berjaya,...terima kasih kpd cikgu yg mengajar aku...:)
Rasanya nak amik lesen B full la pulak, haha


Monday 23 April 2012

Alamakkk....!!!



" SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di http://webmpm.mpm.edu.my/medsiregter/ mulai 20 April hingga 27 April 2012. Tarikh menduduki MEdSI adalah pada 28 April 2012 (Sabtu) "



Alhamdulillah, aku dipanggil untuk menduduki ujian MEdSI, berita gembira untuk seisi keluarga, hahaha, aku kena stragle bersungguh2 sbb dgr cerita ujian ni susah skit, x taw la mcm maner nanti aku jawap.. Tapi disebalik berita gembira ini, aku sedih jugak kot...mmmm, nak taw kenapa???,



sbaaab pada 28 april 2012 abg aku menikah jauh ke utara, dan sudah tentunya aku x dapt pergiii...huhuhuhu, baru rancang nak jalan2 ke utara tp nak buat mcm mana dah xde rezeki aku, aku berdoa semoga abg aku bahagia bersama pasangan pilihannya selama2nya, insyaAllah, amin...ada kalanya kita kena megorbankan sesuatau untuk mendapatkan sesuatu yg lebih baik. Sesungguhnya Allah lah jua sebaik2 perancang...Doakan kejayaan aku yer kawan2.. :)

Saturday 21 April 2012

Sukarnya Memohon Kemaafan

Alhamdulillah, selesai sudah aku mengisi permohonan ke ipt, tapi selepas isi permohonan, langkah seterusnya ialah dgn menghantar segala dokumen2 yg telah disahkan kemudian dihantar ke ipt yg telah aku pilih...mmmm....yang jadi masalah aku skrg ni ialah slip muet aku hilang, adusss, maka aku pun membuat permohonan ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk mendapatkan slip muet yg baru (muet adalah salah satu dokumen yg dikendaki).





Kemudian aku pun buatlah permohonan mengikut arahan di atas ni, aku buat cara yg pertama iaitu secara pos...lega aku tegok bila di cakap yg permohonan tu akan diproses dalam masa sehari jer (tarikh kiriman 23 Mac 2012). Tunggu punya tunggu, surat x sampai2 lagi, kemudian dah berminggu2 aku telefon pihak MPM tetapi mereka mengatakan yg surat aku x sampai2 lagi, xpe, aku sabar dan menunggu lagi sehinggalah seminggu sebelum tarikh tutup penghantaran dokumen ke ipt tutup (19 April 2012) aku pun mula menelefon pihak MPM dan menyatakan kekecewaan aku terhadap mereka. Akhirnya pihak MPM bersetuju untuk menghantar slip tersebut melalui email dan pos. Selang beberapa hari (16 April 20102) pihak MPM menelefon dan mengatakan yg dia telah menghantar slip tersebut melaui email dan kemudian pihak MPM membuat pengakuan yg sebenarnya surat aku telah sampai kpd mereka sebelum ini.....speechless!!!...hurmmmmm...xlama kemudian kiriman pos pun sampai la kt rumah aku




Dengan sebab kelewatan pihak MPM mengeluarkan slip muet aku, maka aku terpaksa menghantar dokumen2 penting ke ipt secara pos laju, x pasal2 kos meningkat sepuluh kali ganda..huh..nak buat mcm mana tggal lagi dua hari je sebelum tarikh tutup. aku yg bertambah kecewa ialah apabila pihak MPM x mintak maaf pun atas kesilapan dan kecuaian dari pihak diorang, susah sangat ke nak minta maaf ??? huh...,




Sabar je la, mungkin ad hikmah disebaliknya...harap mereka x mengulangi kesilapan yg sama lagi pada masa kana dtg...thats all, tq 4 reading.. apa pandangan korang???





Tuesday 17 April 2012

Tips Mencari Kawan

Kalau nak tahu perangai seseorang, lihatlah bagaimana perangai sahabat atau kawan-kawannya. Kalau baik sahabatnya, insyaAllah dia memang baik.

Para pembaca semua, ketahuilah, mencari sahabat yang baik itu adalah dituntut oleh agama kita. Maka cari dan pilihlah sahabat yang baik-baik akhlaknya.

Artikel di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan bagaimana untuk pilih sahabat.
Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.


Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebut-nyebutnya).

Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Kelima
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik akhlaknya, baik pegangan agamanya, baik tutur katanya dan baik budi bahasanya. Pilihlah sahabat yang boleh memahami kita dan yang dapat membantu kita mendekatkan diri kepada Allah ta’ala. Itulah ciri sahabat sejati.

Akhir kata, untuk mendapat sahabat yang baik, kita sebenarnya perlulah terlebih dahulu menjadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain.

Sekiranya diri kita dianggap sebagai seorang sahabat baik, maka kita nanti akan dikurniakan sahabat yang baik oleh Allah Ta’ala. Yakinlah.

Sunday 15 April 2012

BEN ASHAARI TANYA 5 BLOG BEST PILIHAN SAYA



BEN ASHAARI dah tanyer jd saya pulak nak jawap :P :

5 blog pilihan saya:

1. http://www.benashaari.com/ -- suka sebab mcm2 criter ade..boleh baca untuk isi masa lapang kan Qhaliff?? hehe

2. http://myadha.blogspot.com/-- kerana ianya adlah sumber maklumat berkenaaan dgn kerjaya dan pendidikan masa kini, boleh recomen kt kwan2 yg blom bekerja   

3. http://teknikbuatblog.blogspot.com -- dalam ni penuh dgn cara2 nak buat blog yg menarik, masa mula2 nak buat blog sampai skrg masih lagi pkai, ad juga dia ajar  
   cara nak edit guna photoshop pun ad

4. http://qamarguyz.blogspot.com/ -- ex-college dulu....indah dalam bermadah

5.  http://penpatah.blogspot.com/  -- bak kata pepatah, mcm2 adaaaa...haha



Sunday 8 April 2012

Sunyinyer malam ni...




Ku susuri, malam ini yg tidak berbintang sunyi sepi...lalala...eh ni lirik lagu...hahaha...malam ni aku rasa sunyi sangat, bosan la pulak duduk sorang2 nih...tinggal aku ngn adik aku jer kt rumah itupun dia dah tidor, jarang berlaku situasi begini kerana selalunya rumah aku memang riuh, maklumlah adik beradik 8 org :), ayah, akak, adik sume pergi kerja, mak pulak pergi  rumah sedara...ntah tak taw nape tgok tv pon xde mood, tetiba rasa mcm xde criter yg best pulak...fuhh, rasa2nya mcm ni la agaknya kawan aku yg duduk sorang2 kt rumah dia tu eh, org bujang la katakan, patutlah selalu ajak aku lepak rumah dia..huhu



Sunday 1 April 2012

Dia BUKAN Aku...







Hurmmmm.... dah berapa kali aku ditegur atau disapa oleh org yang aku tak kenali, *apa yang diorang buat??  nak taw, diorang panggil aku dgn nama abg aku, heyyy amirul *bukan nama sebenar  apa kabr??? aku pun, haaaah, awak silap orng ni, sy ni adik dia, aku senyum jer, senyum je lah, xkan nak gelakkan kot  , rupa2nya diorang ingatkan yg aku ni dalah abg aku..hahahaha....
kemudian ad jugak pak cik yg pernah tgur aku dan abg aku (ni abg aku yg lagi satu), nak taw dia ckp ap? awak ni kembar eh?? hahaha, xla pakcik dia  ni abg saya tp bukan abg kpd kembar la yer ...haha, oklah itu jer yg aku ingt..kenangan yg xkan aku lupakan kottt...hehe...mgkin korang pernah lalui situasi yg sama?








Wednesday 28 March 2012

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER




SOALAN: Anda nampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai, kemudian anda menyapanya. Soalannya, apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazakan?

JAWAPAN: Mula2 mestilah beri salam ataupun sapaan haiii, pastu tanya buat ap kt sini? sorang jer ker??
p/s: rasanya semua orang buat camni kot..haha






Tuesday 27 March 2012

LAWAK KE, DER ?

Siapa dah tgok?? lawak ke der live di istana budaya, aku tgok kat youtube jer, hahaha.. rezeki aku lepas je tgok kt youtube, uploader tu delete video nih..hahaha, kt sini nak criter sikit pasal lawak ke der, secara keseluruhannya ok, memang kelakar, nabil cuma jd pengacara, masa aku tgok tu kump osbon xde buat persembahan, tp bila tgok gambar kt atas ni baru aku paham..diorang ad giliran masing2..
apa yg aku paham watak2 mereka adalah lebih kurang sama seperti semasa mereka menyertai  maharaja lawak dan maharaja lawak mega..tapi cuma ad seorang je pelawak yg belum pernah menyertai mana2 pertandingan  lawak di astro iaitu harith iskander dan lawaknya boleh tahan juga..
jadi sape yg blom tgk boleh la tempah kt astro first takpun tggu je la sape2 yg sudi nak upload video tersebut..haha
p/s: penulis pun suka melawak jugak...hehehe

Saturday 24 March 2012

ADAKAH ANDA YG KAMI CARI?



Siri pencarian imam muda 3 kini bermula. tak perlulah sy memperkenalkan rancangan yg memecah tradisi ini krn sy pasti ramai sudah mengetahuinya bukan, ianya satu rancangan realiti yg berbentuk islamik yg mengajak anak2 muda untuk memperjuangkan agama islam.


baru2 ini rancangan imam muda musim ke 3 mempekenalkan cara uji bakat yg belum pernah dibuat oleh mana2 rancangan realiti di malaysia iaitu secara online. bermula dari 19 mac 2012 hingga 31 mac 2012
peserta dikehendaki memuat naik (upload) video surah2 yg telah ditetakan iaitu surah wajib (surah al-Fatehah) dan surah2 pilihan ke www.youtube.com, tetapi sebelum itu peserta perlulah mengisi borang yg boleh dimuat turun dari laman web mereka, setelah itu emailkan shj kpd mereka, untuk megetahui lebih lanjut layari  www.imammuda.com.my. dan adakah anda imam muda yg  dicari??
-penulis adalah peminat rancangan imam muda :)-

Negara Pelawat

free counters