Thursday, 30 August 2012

BARANG KEPERLUAN ASRAMA

salam, korang tahu yg x lama lg pelajar2 IPTA akan mendaftarkan diri di setiap IPTA di seluruh negara pada 1 september 2012. Diorang akan mendaftar sbg pelajar tahun 1. Kemungkinan besar ramai diantara mereka merupakan kali pertama menjejakkan kaki ke asrama, jadi di sini saya pun ad buat beberapa senarai brg2 yg perlu untuk di bawa ketika anda menginap di asrama sbg panduan


p/s: sy pernah duduk asrama selama 9 tahun sejak dari form 1 lg, hehehe, 






PAKAIAN LELAKI
Baju melayu / jubah (untuk solat) 
Track bottom 
Seluar panjang /slack 
Kain pelikat 
Kasut sukan 
Selipar 
Tuala mandi 
Songkok / kopiah 
T-Shirt berkolar 
Baju tidur 



PAKAIAN PEREMPUAN
Baju kurung / tudung 
Telekung mini 
Track bottom 
Baju tidur 
Selipar 
Kasut sukan 
Tuala mandi 
T-shirt 


KEPERLUAN-KEPERLUAN AM
Selimut / cadar 
Bantal 
Baldi / gayung 
Alatan mencuci baju 
Barang keperluan diri seperti sabun mandi, syampu, berus gigi, minyak rambut, sikat rambut dan lain-lain. 
Penyangkut baju / Pengepit baju 
Pad lock / mangga kecil


harap ianya membantu serba sedikit :)

Monday, 27 August 2012

Oh My Burger!

Salam, lamanya dah x update blog ni kan...huhuhu...sempat lagi kan nak ucap "Selamat Hari Rarya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin :)", MMmmm....nak criter ap ek? haaaa, kalau criter pasal makanan mesti korang suka punyer kan..hehehe, ni nak criter ckit pasal B.U.R.G.E.R. Aku antara peminat burger, kalo bosan je mesti nak crk burger, x taw nape, hehehe, kdg2 tu sampai pergi kedai aku beli sendiri bhan2 untuk memasak burger seperti daging, roti, sayur, sos, mayanis, telur, dll...lepastukan kalo beli pulak, mesti nak yg spesel punya, ala yg biasa punya dgn yg spesel punya harga lebih kurang sama jer kan...tp skrg ni aku bercita2 pulak nak buat je daging burger tu sendiri...lagi puas hati ek...hehehe


Beef Oblong Special

Chicken Burger Special

Made in Wangsa Maju (this picture was taken by my cousin)
*kalau x silap, ni Burger Bakar Kaw Kaw
kalau korang mempunyai tempat2 yang menarik yg menyediakan menu burger, bgtaw la yer...hehehe
p/s: area Melaka dan K.L je eh :)

Thursday, 9 August 2012

Jom Kejar Malam al-Qadar

Assalammu'alaikum warohmatullah!

Jangan terlepas 4 malam di bulan Ramadan Tahun ini. Kemungkinan besar salah satu malam ini Lailatul Qadar.

1. Khamis, 9-Ogos-2012 malam Jumaat (Malam 21 di Malaysia, Malam 22 di Mekah)
2. Sabtu, 11-Ogos-2012 malam Ahad (Malam 23 di Malaysia, Malam 24 di Mekah)
3. Rabu, 15-Ogos-2012 malam Khamis (Malam 27 di Mekah, Malam 26 di Malaysia)
4. Jumaat, 17-Ogos-2012 malam Sabtu (Malam 29 di Mekah, Malam 28 di Malaysia)

Ini berdasarkan maklumat daripada Kitab Jauhar al-Mauhub, seperti berikut;

Di Malaysia
=========

Awal Ramadan tahun ini di Malaysia (1 Ramadan 1433H) jatuh pada hari Sabtu (21-Julai-2012) maka mengikut;

1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – Lailatul Qadar insya-Allah akan jatuh pada malam yang ke-21 (hari Khamis, 9-Ogos-2012 malam Jumaat)

2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-23 (hari Sabtu, 11-Ogos-2012 malam Ahad)


Di Arab Saudi
===========

Awal Ramadan tahun ini di Mekah (1 Ramadan 1433H) jatuh pada hari Jumaat (20-Julai-2012) maka mengikut;

1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – Lailatul Qadar insya-Allah akan jatuh pada malam yang ke-29 (hari Jumaat, 17-Ogos-2012 malam Sabtu)

2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-27 (hari Rabu, 15-Ogos-2012 malam Khamis)

Berikut adalah petikan dari kitab yang tersebut di atas (lampiran adalah dari kitab asal);

Dan adalah malam Lailatul Qadar itu pada Imam Syafie Radiyallahu’anhu tersimpan ia di dalam sepuluh malam yang akhir daripada bulan Ramadan tetapi pada malam “gasal” (ganjil) itu terlebih harap akan dia dan terlebih diharap daripada segala malam yang “gasal” (ganjil) itu malam yang dua puluh satu dan malam yang dua puluh tiga.

Dan yang “rajihnya” bahawasanya malam Lailatul Qadar itu melazimi ia akan malam yang tertentu maka tiada terpindah ia daripada seperti barang yang diriwayatkan daripada Abas bahawasanya malam Lailatul Qadar itu malam yang dua puluh tujuh kerana diambil daripada firman Allah ta’ala “Inna annzalnahu filailatul qdr” hingga “Salam mun hi ya” … maka bahawasanya kalimah “ hi ya’ itu dua puluh tujuh daripada segala kalimah surah ini dan iaitu kinayah daripada malam lailatul qadar dan atas perkataan inilah diamalkan pada segala masa, segala negeri dan iaitu mazhab kebbanyakan Ahli al-‘Ilmi.

Dan kata qil; “Bahawasanya malam lailatul qadar itu terpindah ia tiada tetap ia pada malam yang tertentu maka terkadang ia pada dua puluh satu dan terkadang ada ia pada malam dua puluh lima demikianlah dan atas perkataan ini menjalani dua ahli Sufi dan menyata mereka itu akan “dhabit” dan kaedah bagi yang demikian itu dan iaitu;

- jika adalah awal puasa pada hari Jumaat maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Sabtu maka itu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa pada hari Ahad maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Selasa maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa pada hari Rabu maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka malam lailatul qadar malam dua puluh satu

Dan telah memilih Imam Nawawi didalam Majmu’ dan Fatawa akan qaul dengan berpindah dan katanya di dalam Raudah dan iaitu yang kuat. (Bajuri)

Dan tersebut di dalam Hasyiyah Fathul Wahab, maka;

- jika awal puasa pada hari Ahad atau hari Rabu maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa hari Selasa atau Jumaat maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa hari Sabtu maka iaitu malam dua puluh tiga malam lailatul qadar

Kata Abu Al-Husan: “Dan pada masa sampai aku akan tahun lagi-lagi tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan ini kaedah yang tersebut Barmawi dan Qalyubi”


Wallahu'alam [admin]
sumber rujukan ialah dari : ---> klik di sini

Tuesday, 7 August 2012

Tahniah Lee Chong Wei !!! anda wira negara... :)

Assalamualaikum semua...Semoga sehat sentiasa...Ini cerita tentang wira negara kita Datuk Lee Chong Wei yang beraksi di final badminton perseorangan (L) di sukan Olimpik london menentang musuh tradisinya iaitu Lin Dan. Secara keseluruhannya, aku tengok DLCW memang telah menunjukkan satu semangat yang luar biasa dalam memastikan kemenangan berpihak kepadanya, tapi mungkin dah bukan rezeki dia nak menang masa tuh, jadi dia sekadar meraih pingat perak. Sungguhpun begitu, itu sudah cukup memadai untuk menyenaraikan malaysia di kedudukan pingat. memang 'respect' dgn semangat yg ditunjukkan oleh DLCW semasa set yg ketiga yang memberi tentangan hebat kepada Lin Dan dan akhirnya akur akan kehebatan musuhnya itu.walauapapun yg terjadi DLCW adalah wira Malaysia!!! tahniah datuk...!!!




Pingat perak yg dimenanginya



sokongan padu yg diberikan oleh rakya malaysia
semoga, semua atlit di malaysia ini mempunyai semangat juang yg tinggi seperti yang ditunjukkan oleh wira negara kita DLCW... :)

Google+ Followers

Negara Pelawat

free counters