Saturday, 21 April 2012

Sukarnya Memohon Kemaafan

Alhamdulillah, selesai sudah aku mengisi permohonan ke ipt, tapi selepas isi permohonan, langkah seterusnya ialah dgn menghantar segala dokumen2 yg telah disahkan kemudian dihantar ke ipt yg telah aku pilih...mmmm....yang jadi masalah aku skrg ni ialah slip muet aku hilang, adusss, maka aku pun membuat permohonan ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk mendapatkan slip muet yg baru (muet adalah salah satu dokumen yg dikendaki).





Kemudian aku pun buatlah permohonan mengikut arahan di atas ni, aku buat cara yg pertama iaitu secara pos...lega aku tegok bila di cakap yg permohonan tu akan diproses dalam masa sehari jer (tarikh kiriman 23 Mac 2012). Tunggu punya tunggu, surat x sampai2 lagi, kemudian dah berminggu2 aku telefon pihak MPM tetapi mereka mengatakan yg surat aku x sampai2 lagi, xpe, aku sabar dan menunggu lagi sehinggalah seminggu sebelum tarikh tutup penghantaran dokumen ke ipt tutup (19 April 2012) aku pun mula menelefon pihak MPM dan menyatakan kekecewaan aku terhadap mereka. Akhirnya pihak MPM bersetuju untuk menghantar slip tersebut melalui email dan pos. Selang beberapa hari (16 April 20102) pihak MPM menelefon dan mengatakan yg dia telah menghantar slip tersebut melaui email dan kemudian pihak MPM membuat pengakuan yg sebenarnya surat aku telah sampai kpd mereka sebelum ini.....speechless!!!...hurmmmmm...xlama kemudian kiriman pos pun sampai la kt rumah aku




Dengan sebab kelewatan pihak MPM mengeluarkan slip muet aku, maka aku terpaksa menghantar dokumen2 penting ke ipt secara pos laju, x pasal2 kos meningkat sepuluh kali ganda..huh..nak buat mcm mana tggal lagi dua hari je sebelum tarikh tutup. aku yg bertambah kecewa ialah apabila pihak MPM x mintak maaf pun atas kesilapan dan kecuaian dari pihak diorang, susah sangat ke nak minta maaf ??? huh...,




Sabar je la, mungkin ad hikmah disebaliknya...harap mereka x mengulangi kesilapan yg sama lagi pada masa kana dtg...thats all, tq 4 reading.. apa pandangan korang???





3 comments:

  1. Replies
    1. trime kasih yer, Sweet Honesty (^_^, mudah2an sy berjaya...amin

      Delete
  2. apa alamt nk hntr kt MPM 2..coz ak pnye slip muet pn ilang..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Negara Pelawat

free counters