Tuesday 6 August 2013

KISAH KUDA & SEMUT

Assalamualaikum dan salam 28 ramadhan, ad sahabat inbox kpd sy sebuah kisah yg menarik untuk tatapan semua....

Salam hormat muhamad effendi,

Kali ini saya ingin kongsikan satu kisah
menarik untuk tatapan anda.

Baca kisah yang saya ingin sampaikan di bawah:






## KISAH KUDA & SEMUT ##

Pada suatu hari, seekor kuda sedang
beristirehat kerana merasa kepenatan setelah
memikul barangan yang membebankan. Beban yang
cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu
telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan
kuda itu.

Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari
yang begitu panas terik, maka kuda itu pun
beristirehat di pohon rendang, dengan nafas
yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.

Ketika kuda itu sedang beristirehat, tiba-tiba
lalulah segerombolan semut yang kelihatan
sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira
sambil membawa makanannya juga.

Sambil membawa beban masing-masing, ada yang
membawa bangkai, tulang-tulang binatang
termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya
lagi. Kuda itu itu berasa hairan apabila
melihat segerombolan semut itu senang hati
dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi.

Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan
kepenatan. Sebaik sahaja menghampiri kuda
tersebut, ketua semut itu bertanya kepada kuda,
“Hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini.”

“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab kuda.

“Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali,”
tanya semut lagi.

“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab
membawa beban ini, beban yang tidak sebesar
badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,”
jawab kuda itu lagi.

Maka semut itu pun bertanya, “Siapa punya beban
yang kau bawa itu, wahai sang kuda?”

Maka kuda pun menjawab, “Bos aku punya, yang
sedang minum dan makan-makan di bawah pohon di
sebelah sana tu.”

“Oh begitu....” kata sang semut tersebut sambil
tersenyum..

Sang kuda berkata, “Eh! Kamu semua ini pula,
kenapa nampak begitu gembira?” tanya sang kuda
kepada sang semut tadi.


“Kami memang begini setiap hari. Kami juga
membawa beban yang berat bahkan lebih berat
dari badan kami tetapi kami rasa gembira
sekali.”

“Kenapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang kuda
dengan rasa hairan.

Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata:
“Barangkali kerana kita mempunyai jurang
perbezaan wahai kuda.”

“Apa perbezaannya?” tanya kuda.

“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban
yang berat itu bukan kepunyaanmu, tetapi
majikanmu yang sedang makan minum di bawah
pohon sana sedangkan, kami semua membawa beban
memang lebih besar daripada badan kami tetapi
beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri,
dan bukannya bos kami.” demikian penjelasan
semut.

Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak
dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor
kuda.

Tamat.

----
Apa yang muhamad effendi dapat dari kisah di atas?

Barangkali kita pernah mendengar: “Saya tidak
pernah berhenti, saya tidak akan menyerah.”
Mengapa orang-orang yang sudah punya
penghasilan yang begitu besar tidak pernah
penat, tidak pernah menyerah.

Jawapannya cuma satu kerana mereka membawa
beban yang dimiliki oleh mereka sendiri, bukan
milik orang lain. Ini juga adalah ciri yang
paling jelas mengenai perbezaan antara orang
yang menjadi usahawan dengan orang yang bekerja
makan gaji.

Fikir-fikirkan :)

P/s: Kisah ini dipetik daripada Konvensyen
Usawahan Muslim. Terima kasih kerana membaca
kisah ini :)

" Sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan"


Negara Pelawat

free counters