Wednesday 10 July 2013

Ramadhan Dua Zaman

Salam Ramadhan semua...semperna bulan ramadhan ni, sy nk kongsi sedikit satu lagu yg betul2 menyedarkan kita bila tibanya bulan ramadhan jika dibandingkan dengan zaman2 sebelum kita seperti zaman Rasulullah S.A.W. jom kita hayati lagu ni..




Lirik Lagu Ramadhan 2 Zaman

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang

Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu

Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al quran
Tp malam kami muram berkabung degkur

Mereka berlumba mengejar makrifat

Tp kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan

Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga


p/s: kalau kita hayati lagu ni, memang ketara perbezaan zaman kita dan zaman mereka :'(

Negara Pelawat

free counters