Monday, 12 August 2013
Thursday, 8 August 2013
Cara Nabi SAW Berhari Raya
Wednesday, 7 August 2013
Santan habisssss!!!!!
Tuesday, 6 August 2013
KISAH KUDA & SEMUT
Assalamualaikum dan salam 28 ramadhan, ad sahabat inbox kpd sy sebuah kisah yg menarik untuk tatapan semua....
Sunday, 4 August 2013
Contest Blogger Jejaka Jambu
Hari ni nak join satu contest yang sangat menarik dari blog.lime.my dan hadiahnya boleh tahan lumayan, hehehe...
Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!
klik sini untuk join ---> Pertandingan Mega Raya
RM 32.32
Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh fuh.my, media-siber, gempak.org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu hairanblog.com, yanty.my, FizaFantagiro, secretofshaila, bankami.net, Aynoranur.Com,
AimaBabyComel, longoi.com, silenceblogz.com, kacangboy.com, cikkiwis, beritakaki, Khairul Azrul, kanvasdakwat.com, woww.my, kopilekat, Moneyclub2u, pencurimovie.com, blogfyna.com,
Friday, 2 August 2013
Iklan Raya Maxis 2013
Dah tgok iklan raya maxis 2013??? Iklan raya maxis kali ni best jgak lar, mesej yg nak disampaikan kepada penonton ialah bila kita balik raya, kita kan nak jumpa sanak saudara untuk bersuka ria dan bukannya masing2 menghadap gajet masing2 kan...bila kita balik raya masa ni la kita nak luangkan masa bersama2 dgn sanak saudar, bermain bersama2 dan sebgainya, yg menariknya permainan yg diorang main adalah permainan yg jarang budak2 zaman skrg nak main, betul2 nostalgia, mengimbau kembali zaman kita kecil2 dulu...gud job!
The first apprentice asia goes to...
Salam alaik n gud morning readers, dalam bnyk2 reality show, ni la antara reality show feveret aku...huhuhu, dikatakan hampir setiap episod x pernah misss, walaweh, mase grand finale tu tinggal dua contestants shj iaitu jonathan (philippines) dan andrea (singapore)... peserta malaysia??? not bad lar, mungkin xde rezeki nak menang, so, the first apprentice asia goes to jonathan, kelebihan dia ialah, fasih ketika bertutur (good communication skill), have a good personality, confident dan pandai membalas hujah lawan very good skill,
JONATHAN YOU ARE HIRED!
*hadiah cukup lumayan ---> Pemenang akan memenagi hadiah lumayan iaitu kontrak selama setahun dan gaji dibayar sekurang2nya 100 ribu dollar
*kalau kita tgok pekerjaan mereka pun hebat2 gak diorang ni, bukan calang2 orang...huhuhu
klik imej untuk paparan yg lebih jelas |
Thursday, 1 August 2013
Give Away sempena Birthday Alif Hamzah yang ke-2
Ucapan khas untuk adik Alif Hamazah:
1. Dah besar nant jgn nakal2 taw.
2. Hormatilah ibu bapa, org yg lebih tua dr mu di sekelilingmu
3. Belajar rajin2 eh :)
Sanah Helwa
Backlink
You Make The Music
Anda di luar sana jgn ketinggalan untuk meyertai contest dari Twisties Malaysia iaitu Twisties Traxxo Beats - You Make The music skrg untuk memenangi hadiah yg menarik dari Twisties Malaysia. Layari http://www.twisties.com.my/ untuk keterangan lanjut, JOMMMM!
Monday, 29 July 2013
Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera
kali ini Mieya nak anjurkan segmen pencarian bloglist bagi menggantikan bloglist yang lama.
Tujuan utama Mieya mewujudkan bloglist baru ini sebagai peluang kepada blogger lain untuk berkenal-kenalan, mengeratkan ikatan silaturrahim, meningkatkan kadar trafik blog, dan memudahkan urusan Mieya untuk berblogwalking serta membalas komen di blog kalian.
Untuk pengetahuan, bloglist ini akan kekal dari bulan Julai sehingga lah ke bulan Disember 2013. Tempoh sepanjang lima bulan lebih. Lama tu!
Antara syarat-syarat penyertaan :
1. Anda mestilah merupakan Follower blog Mieya.
2. Buat satu entri bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera"
3. Copy coding yang disediakan di bawah.
4. Klik iklan di blog Mieya sebagai dana tambahan nak buat giveaway nanti. (tiada paksaan)
5. Dah siap? Hantar link url korang di ruangan komen entri ini.
Jadi, meh lah join bloglist di blog Mieya. Tak rugi pon sebab Mieya akan pilih :
- 10 blogger bertuah untuk menerima topup RM5. (pemilihan dibuat menggunakan khidmat random.org)
Tamat Penyertaan pada : 31 July 2013 (Jam 12 A.M.)
Sunday, 28 July 2013
Lucky Giveaway By Jaja
Saturday, 27 July 2013
Abang Sidi ceritalah lagiiiii..... :)
Jeng3, dulu masa aku kecik2 dulu bila masuk je bulan ramadhan mesti je ad rancangan kanak2 pasal ramadhan, banyak sgt sampai aku x ingat dah nama rancangan tersebut, mungkin salah satu faktornya ialah ramadhan dulu adalah pada musim cuti sekolah....budak2 yg sebaya aku mesti taw...baru2 ni aku ad teringat cerita pasal abg sidi ni sbb kwan aku ad nyanyi lagu tema dia....hahaha, kelakar pun ad, best je kalo ingtkan ramadhan masa kecik2 dulu, crite ni menceritakan kisah2 yg berlaku ada zaman nabi dan para sahabat dulu2...skrg ni cerita kt tv bnyak yg merapu2...huhuhuhuhu...
Friday, 26 July 2013
Salam 17 Ramadhan 1434 H
Assalamualaikum dan salam jumaah al mubarakah, seperti mana yg semua sedia maklum bhwsanya 17 ramadhan adalah hari nuzul quran. sesungguhnya al-Quran itu diturunkan pada malam al-qadar iaitu pada 17 ramadhan seperti mana yg telah dintayakan di dalam surah al-Baqarah ayat 185 :
Di dalam surah al-Qadr pula Allah menerangkan bhwasanya al-Quran itu diturunkan pada malam al-qadar. kebanyakkan ulama berpendapat bhwasanya malam al-qadar itu berlaku pada malam 17 ramadhan.
Ok, ni part yg paling best, pernahkah kita terfikir yg al-quran itu durunkan kpd nabi muhamad selama 23 tahun secara berperingkat tetapi Allah nyatakan bhsawanya Dia menrunkan al-Quran hnya pada satu malam iaitu malam al-qadr, ok, jawapannya ialah, mula2 sekali Allah trunkan al-Quran di langit dunia yg dikenali dgn baitul 'izzah, kemudian barulah Allah turunkan al-Quran kpd nabi Muhammad S.A.W secara berperingkat2.
kini anda sudah tahu bukan??? :)
share moga bermanfaat kpd semua umat islam :)
Waallahu a'lam
Sunday, 21 July 2013
Segmen Kad Raya by DiyanaHani
Segmen Kad Raya by DiyanaHani berlangsung selama seminggu iaitu bermula pada 20/7/2013 sehingga 27/7/2013.Segmen ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada penyokong-penyokong blog ini bersempena dengan hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.
KLIK BANNER DAH JOIN
Siapakah beliau....?
Alhamdulillah, baru2 ni berpeluang sekali lagi menyaksiakan tilwah al-Quran peringkat antarabngsa kali ke 55 di pwtc. sebelum masuk ke dalam dewan, ad petugas yg menyerah borng kuiz berkenaan tilwah, soalan yg pertama ialah siapakah yang paling banyak skali mendapat johan tilawah al-Quran peringkat antarabngsa....haaaa, korang taw x? aku pun xtaw, selamat ade mak, dia mmg arif bab ni, sbb dia pun selalu gak wakil tilwah al-quran sejak sek. ren hingga peringgkat negeri...ok, berbalik pasal td, jwapannya ialah Al Marhum Dato' Hj Ismail Hashim. nak taw pencapaian beliau, cuba tgk gmbar bwah ni....
haritu mmg hari bertuah aku, sebb dapat tgok qari dr malysia iaitu saudara Anuar hasin, dan tak lupa juga dapat tgok directly qari yg dapat johan yg merupakan wakil dari indonesia,
Wednesday, 10 July 2013
Ramadhan Dua Zaman
Salam Ramadhan semua...semperna bulan ramadhan ni, sy nk kongsi sedikit satu lagu yg betul2 menyedarkan kita bila tibanya bulan ramadhan jika dibandingkan dengan zaman2 sebelum kita seperti zaman Rasulullah S.A.W. jom kita hayati lagu ni..
Lirik Lagu Ramadhan 2 Zaman
Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al quran
Tp malam kami muram berkabung degkur
Mereka berlumba mengejar makrifat
Tp kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al quran
Tp malam kami muram berkabung degkur
Mereka berlumba mengejar makrifat
Tp kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga
p/s: kalau kita hayati lagu ni, memang ketara perbezaan zaman kita dan zaman mereka :'(
Wednesday, 26 June 2013
Hujan batu di negara jiran singapura
Baru2 ni kan negara kita dan singapura teruk dilanda jerebu akibat dari pembakaran di indonesia...ramai mengharap bhw hujan akan turun supaya dapat mengurangkan sedikit jerebu yg melanda...yg menariknya hujan batu turun di singapura....
Subhanallah....Hebatnya kuasa Allah :')
sumber: YouTube
Klik di sini untuk melihat
Monday, 24 June 2013
Habis sudah final exam.... :)
Alhamdulillah, dua hari yg lepas (21 jun) sy bru je menamtkan final exam untuk sem 2....hihihi...good bye sem 2 and u r most welcome sem 3...
Slip peperiksaan |
Saturday, 4 May 2013
Apabila pensyrah terlupa :)
Seperti yg ditetapkan oleh pensyrah, hari jumaat ni(3 mei) akan diadakan kuiz online bermula pada pukul 8.00 pg hingga 11. pagi untuk subjek MGA1023 PRINSIP PENGURUSAN PERNIAGAAN....tetapi ap yg menariknya ialah, pensyarah kami terlupa untuk unhide the quiz...maka menjadi peliklah semua org kerana bila tgok kt system xder lagi soalan kuiz...maka kuiz tersebut akan digantikan pada minggu depan iaitu isni selepas pilihan raya...hehehe...
Thursday, 2 May 2013
Kawan saya mintak tolong...
Mggu dpan, 9 Mei (Khamis) ad talk pasal kawin muda, antara panel yang terlibat ialah Imam Muda Asyraf, kawan sy ditugaskan untuk buat video untuk ditayangkan sebelum prigram bermula, tapii....disebakan laptop dia bermasalah skit, jd dia minta sy tlg buatkan dia satu video...
Alhmadulillah, dgn izin Allah dapatlah sy siapkan video ni...
Monday, 29 April 2013
Aflam Qasir (filem Pendek)
Alhamdulillah, setelah berhempas pulas memikirkan idea2 yg bernas, maka terhasilah video pendek dari kami BBA 4, ini merupakan tugasan untuk subjek bhs arb 3...saksikanlah...
Lokasi Shooting
1. Kolej kediaman 1
2. Stadium Tertutup Nilai
3. Tasik FEM
klik link di bawah ini untuk menonton
Aflam Qasirah (Filem Pendek)
Musabaqah Tamsiliah (Pertandingan Lakonan Bahasa Arab)
Semalam telah berlangsungnya pertandingan tamsiliah untuk fakulti aku iaitu Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Univ Sains Islam Msia...alhmadulillah kami x menang...hehehe, ok la, cuma x beberapa puas ati ngn ajk teknikal diorang sbb hampir semua 18 kumpulan yg bertanding mengalami masalah teknikal semasa pertandingan krn audio x leh main sbb diorang guna windows 8 (ad audio yg windows 8 x leh supprort) untuk slide show...keputusannya johan, dari wakil tahun 3, naib johan dan ketiga adalah dari wakil tahun 1...yg pasti semuanya mantap, semua ad bakat2 tersendiri...insya Allah tahun dapan kami cuba lagi.. kami akan buat yg terbaik... :)
Antara barisan pelakon dan teknikal |
Monday, 1 April 2013
TAHNIAH AFIQ HAKIMI & ISTERI
Bergambar kenangan bersama |
cc: Nash, Fadil, Dean
RINDU SAMBEST!!!!
Friday, 29 March 2013
Sejarah April Fool
Harini nak crite pasal April Fool sbb x lama lagi nk masuk 1 April kan...Kepada semua umat islam yang suka sangat sambut april fool tu mai pakat ramai2 bace ni...Skadar peringtan dan perkongsian... :)
Sejarah April Fool
Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.
Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.
Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.
Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.
Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.
Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.
Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.
Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.
Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.
Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.
Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.
Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.
Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.
Sumber: Sejarah April Fool
Monday, 25 March 2013
Lawatan PRU USIM ke UTeM
prs utem dan pru usim |
Antara aktiviti yg dijalankan (pasar malam) |
sbhgian drp prs utem |
pecah perut gelak main game ni (hobi) |
lawatan ke zoo melaka |
Sunday, 24 March 2013
Alhamdulillah aku menang, Yeayyyy !!!
Semalam aku ada join satu contest dari blog Filzah Azzahara', dia ada buat contest segmen kereta impian, jd aku sje je try, dan keputusannya, aku berjaya teka dgn tepat...hehehe, boleh jd pak nujum ni, hihihi....sbg ganjaran, dia kata:
".... Dah tahu siapa pemenang ? yeayyy, berikan tepukan yg gemuruh untuk beliau. dan beliau dapat review 24-hours daripada Nurul dan blog beliau akan tersenarai dalam bloglist kekal Nurul. Kepada semua peserta yg telah menjawab, Nurul ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi sokong segmen ringkas nie. Segmen kecil, hadiah pun tak seberapa. Terima kasih banyak-banyak ...."
ok lettew.... huhuhu
Saturday, 23 March 2013
Sudah 2 tahun masa berlalu
Barisan Guru-Guru Sek Alor Gajah 1 |
Dulu aku pernah dilantik sebagai GSTT ( guru sandaran tidak terlatih) DB 29 di salah sebuah sek di Alor Gajah... tarikh lantikan adalah pada 2 mac 2011, kini hmpir 2 thun telah berlalu...
kontrak megajar cuma setahun, dan dalam masa setahun pelbagai suka duka telah aku tempuhi dan banyak pengalaman yg telah aku lalui...best jugak megajar budak2 sek rendah ni...aku diletakkan di bawah panatia agama islam di sek tersebut..aku jg ditugaskan untuk mengajar murid2 prasekolah...kini aku sudah tidak lagi mengajar kerana aku kini bergelar student baru nk sambung degree kt USIM...hehehe
teringin jd cikgu...????
Cabaran 500 likes
Asslamualaikum....
baru2 ni my lecture kami (subjek: teknologi komunikasi) suruh kami create satu page dakwah di facebook, kemudian bhgian yg paling mencabar ialah kami mendaptkan 500 likes (minima) dalam masa lebih kurang 2 minggu shj ...maka semua org bertungkus lumus untuk mencapai tahap 500 likes...
inilah hasilnya page dakwah kami dan minggu ni kami ada pembentangan pasal page ni di dalam kelas tutorial...
terima kasih kpd sesiapa yg sudi like..
di bawah ni adlah link kpd page tersebut..
Subscribe to:
Posts (Atom)