Sunday 29 April 2012

Ada Apa dengan PTPTN



Hurrrmm, petang khamis aritu (26 April 2012) tiba2 aku dpat panggilan no. yg tidak dikenali. rupa2ya panggilan tersebut dari PTPTN. Ermmm, dia nak mintak aku bayar hutang ker, maapla yer, aku x kerja lagi...huhu, tapi bukan itu yang dia mahu, dia tanya aku adakah aku ada pergi interview PTPTN masa bulan 2 aritu, aku ckp ada, owhhh....rupa2nya aku dapt kerja kt PTPTN. maka, dia pun meyuruh aku untuk melapor diri pada hari rabu ni (2 Mei 2012) berserta dgn dokumen2 yg dia kehendaki. Akibat terlalu lama menunggu jawapan temuduga tersebut, maka, aku ingatkan yg aku x dapat. Tak ade persediaan langsung, sekarang ni family sume pergi ke perak, maka aku kena tunggu kepulangan mereka untuk berbincang hal ini. Nak pergi ke tak???? Hurmmmm....



Thursday 26 April 2012

Terima Kasih :)



Assalamualaikum, apa kabar korang? sehat?...mudah2an sehat belaka, ok, sebelum ni aku pernah cerita yg aku bakal menduduki ujian MEdsi, tapi aku xde buku untuk buat rujukan sbb aku xpernah taw ap itu MEdSI, hehehe, tiba2 ad rezeki org belikan aku buku ni, kira mcm hadiahlah jugak, hehe, terharu pun ad...dia juga merupakan guru di salah sebuah sekolah di Melaka...nasihat dia supaya aku buat yg terbaik...terima kasih ustazah dot dot dot...hehehe..doaka kejayaan sy di sini...
Semoga aku dapt menjawab dgn cemerlang...amin

P/S: owh, rupa2nya MEdSI dan Mtest adalah dua ujian yg berbeza...baru taw..:)





Tuesday 24 April 2012

Tamat sudah...hihi :)



Alamak! lesen dah mati.... baru aku perasan, hehehe, tapi lesen yang dah mati ni spesel skit sebabnya aku dah x payah nak tampal P lagi....yeaayyy!, mengimbau kembali saat mula2 aku amik lesen moto dulu, sebelum aku di test jpj moto aku excident, maka aku terpaksa postpone selama setahun, kemudian aku pun booking jpj test sekali lagi tetapi sebelum aku test jpj aku cuma buat training skali jer, Alhamdulillah, syukur aku pas test jpj untuk motor. Kemudian, masa aku amik lesen kereta pulak, aku xpernah bawak kereta jadi aku kena kerja keras skit nk belajar bawak kereta, dan bila test jpj, Alhamdulillah aku berjaya,...terima kasih kpd cikgu yg mengajar aku...:)
Rasanya nak amik lesen B full la pulak, haha


Monday 23 April 2012

Alamakkk....!!!



" SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di http://webmpm.mpm.edu.my/medsiregter/ mulai 20 April hingga 27 April 2012. Tarikh menduduki MEdSI adalah pada 28 April 2012 (Sabtu) "



Alhamdulillah, aku dipanggil untuk menduduki ujian MEdSI, berita gembira untuk seisi keluarga, hahaha, aku kena stragle bersungguh2 sbb dgr cerita ujian ni susah skit, x taw la mcm maner nanti aku jawap.. Tapi disebalik berita gembira ini, aku sedih jugak kot...mmmm, nak taw kenapa???,



sbaaab pada 28 april 2012 abg aku menikah jauh ke utara, dan sudah tentunya aku x dapt pergiii...huhuhuhu, baru rancang nak jalan2 ke utara tp nak buat mcm mana dah xde rezeki aku, aku berdoa semoga abg aku bahagia bersama pasangan pilihannya selama2nya, insyaAllah, amin...ada kalanya kita kena megorbankan sesuatau untuk mendapatkan sesuatu yg lebih baik. Sesungguhnya Allah lah jua sebaik2 perancang...Doakan kejayaan aku yer kawan2.. :)

Saturday 21 April 2012

Sukarnya Memohon Kemaafan

Alhamdulillah, selesai sudah aku mengisi permohonan ke ipt, tapi selepas isi permohonan, langkah seterusnya ialah dgn menghantar segala dokumen2 yg telah disahkan kemudian dihantar ke ipt yg telah aku pilih...mmmm....yang jadi masalah aku skrg ni ialah slip muet aku hilang, adusss, maka aku pun membuat permohonan ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk mendapatkan slip muet yg baru (muet adalah salah satu dokumen yg dikendaki).





Kemudian aku pun buatlah permohonan mengikut arahan di atas ni, aku buat cara yg pertama iaitu secara pos...lega aku tegok bila di cakap yg permohonan tu akan diproses dalam masa sehari jer (tarikh kiriman 23 Mac 2012). Tunggu punya tunggu, surat x sampai2 lagi, kemudian dah berminggu2 aku telefon pihak MPM tetapi mereka mengatakan yg surat aku x sampai2 lagi, xpe, aku sabar dan menunggu lagi sehinggalah seminggu sebelum tarikh tutup penghantaran dokumen ke ipt tutup (19 April 2012) aku pun mula menelefon pihak MPM dan menyatakan kekecewaan aku terhadap mereka. Akhirnya pihak MPM bersetuju untuk menghantar slip tersebut melalui email dan pos. Selang beberapa hari (16 April 20102) pihak MPM menelefon dan mengatakan yg dia telah menghantar slip tersebut melaui email dan kemudian pihak MPM membuat pengakuan yg sebenarnya surat aku telah sampai kpd mereka sebelum ini.....speechless!!!...hurmmmmm...xlama kemudian kiriman pos pun sampai la kt rumah aku




Dengan sebab kelewatan pihak MPM mengeluarkan slip muet aku, maka aku terpaksa menghantar dokumen2 penting ke ipt secara pos laju, x pasal2 kos meningkat sepuluh kali ganda..huh..nak buat mcm mana tggal lagi dua hari je sebelum tarikh tutup. aku yg bertambah kecewa ialah apabila pihak MPM x mintak maaf pun atas kesilapan dan kecuaian dari pihak diorang, susah sangat ke nak minta maaf ??? huh...,




Sabar je la, mungkin ad hikmah disebaliknya...harap mereka x mengulangi kesilapan yg sama lagi pada masa kana dtg...thats all, tq 4 reading.. apa pandangan korang???





Tuesday 17 April 2012

Tips Mencari Kawan

Kalau nak tahu perangai seseorang, lihatlah bagaimana perangai sahabat atau kawan-kawannya. Kalau baik sahabatnya, insyaAllah dia memang baik.

Para pembaca semua, ketahuilah, mencari sahabat yang baik itu adalah dituntut oleh agama kita. Maka cari dan pilihlah sahabat yang baik-baik akhlaknya.

Artikel di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan bagaimana untuk pilih sahabat.
Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.


Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebut-nyebutnya).

Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Kelima
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik akhlaknya, baik pegangan agamanya, baik tutur katanya dan baik budi bahasanya. Pilihlah sahabat yang boleh memahami kita dan yang dapat membantu kita mendekatkan diri kepada Allah ta’ala. Itulah ciri sahabat sejati.

Akhir kata, untuk mendapat sahabat yang baik, kita sebenarnya perlulah terlebih dahulu menjadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain.

Sekiranya diri kita dianggap sebagai seorang sahabat baik, maka kita nanti akan dikurniakan sahabat yang baik oleh Allah Ta’ala. Yakinlah.

Sunday 15 April 2012

BEN ASHAARI TANYA 5 BLOG BEST PILIHAN SAYA



BEN ASHAARI dah tanyer jd saya pulak nak jawap :P :

5 blog pilihan saya:

1. http://www.benashaari.com/ -- suka sebab mcm2 criter ade..boleh baca untuk isi masa lapang kan Qhaliff?? hehe

2. http://myadha.blogspot.com/-- kerana ianya adlah sumber maklumat berkenaaan dgn kerjaya dan pendidikan masa kini, boleh recomen kt kwan2 yg blom bekerja   

3. http://teknikbuatblog.blogspot.com -- dalam ni penuh dgn cara2 nak buat blog yg menarik, masa mula2 nak buat blog sampai skrg masih lagi pkai, ad juga dia ajar  
   cara nak edit guna photoshop pun ad

4. http://qamarguyz.blogspot.com/ -- ex-college dulu....indah dalam bermadah

5.  http://penpatah.blogspot.com/  -- bak kata pepatah, mcm2 adaaaa...haha



Sunday 8 April 2012

Sunyinyer malam ni...




Ku susuri, malam ini yg tidak berbintang sunyi sepi...lalala...eh ni lirik lagu...hahaha...malam ni aku rasa sunyi sangat, bosan la pulak duduk sorang2 nih...tinggal aku ngn adik aku jer kt rumah itupun dia dah tidor, jarang berlaku situasi begini kerana selalunya rumah aku memang riuh, maklumlah adik beradik 8 org :), ayah, akak, adik sume pergi kerja, mak pulak pergi  rumah sedara...ntah tak taw nape tgok tv pon xde mood, tetiba rasa mcm xde criter yg best pulak...fuhh, rasa2nya mcm ni la agaknya kawan aku yg duduk sorang2 kt rumah dia tu eh, org bujang la katakan, patutlah selalu ajak aku lepak rumah dia..huhu



Sunday 1 April 2012

Dia BUKAN Aku...







Hurmmmm.... dah berapa kali aku ditegur atau disapa oleh org yang aku tak kenali, *apa yang diorang buat??  nak taw, diorang panggil aku dgn nama abg aku, heyyy amirul *bukan nama sebenar  apa kabr??? aku pun, haaaah, awak silap orng ni, sy ni adik dia, aku senyum jer, senyum je lah, xkan nak gelakkan kot  , rupa2nya diorang ingatkan yg aku ni dalah abg aku..hahahaha....
kemudian ad jugak pak cik yg pernah tgur aku dan abg aku (ni abg aku yg lagi satu), nak taw dia ckp ap? awak ni kembar eh?? hahaha, xla pakcik dia  ni abg saya tp bukan abg kpd kembar la yer ...haha, oklah itu jer yg aku ingt..kenangan yg xkan aku lupakan kottt...hehe...mgkin korang pernah lalui situasi yg sama?








Negara Pelawat

free counters